Car Show Competition 2019

Sepanjang bulan kemerdekaan lalu yang bermula dari Ogos sehingga September, pelbagai program dan aktiviti telah diadakan. Antara yang mendapat sambutan dan menjadi tumpuan khususnya dari peminat dunia permotoran adalah penganjuran Hari Merdeka Celebration The Biggest Car Expo, bermula dari 2 September sehingga 9 September 2019. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang acara berlangsung termasuk Car Show Competition 2019.

Bertempat di River Front City di Sg. Petani, Car Competition ini dianjurkan oleh pihak penganjur dengan kerjasama BKGK Event dan GKKU yang diadakan pada 8 September bermula dari pukul 11.00 pagi dan berlanjutan sehingga pukul 6.00 petang. Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan seperti Open National Car, Open Standard, Open Modified, Open Standard Modified, Proton Standard Modified, Perodua Standard Modified dan Open Modified National Car.

Acara ini dimulakan dengan sesi pendaftaran dari 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari, seterusnya diikuti dengan sesi penjurian yang diadakan pada 2.30 petang sehingga 6.00 petang. Pertandingan sebanyak 6 kategori ini telah dinilai juri-juri yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Acara berakhir sekitar pukul 9.30 malam dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh En. Andrew Choo (Event Consultant, Marketing Manager, Star Event C&C Galaxy Star Enterprise).