Brother’s, The Largest Auto Accessories Outlet

Bermula sebagai sebuah kedai pusat sehenti yang menawarkan aksesori dan alat ganti kereta, Hung Tai Trading yang mula beroperasi pada 17 Jun 1989 mempamerkan perkembangan yang cukup progresif sehingga terbinanya Hung Tai Import & Export (M) Sdn Bhd. Ekoran perkembangan ini, segala operasi telah diambil alih oleh Hung Tai Trading pada 1 Julai 2003 yang merupakan sebuah syarikat pemborong barangan aksesori dan alat ganti kereta dan memenuhi keperluan industri automotif khususnya untuk pasaran Malaysia.

Di awal tahun 1990, Jeffrey Wong Goang Ching yang bertugas sebagai pengarah urusan dapat melihat potensi dan perkembangan positif perusahaan ‘cash and carry’ (bayar dan bawa) telah mengambil peluang ini dan membentuk satu cabang untuk pasaran automotif. Seterusnya, memulakan francais yang didaftarkan di bawah nama “Brother’s” di Kelana Jaya sebagai kedai pertama.

Berbekalkan kemahiran menganalisa pasaran serta kepimpinan cemerlang Jeffrey Wong yang tidak berkompromi dalam soal sokongan dan perkhidmatan pelanggan, Brother’s berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam arena aksesori dan alat ganti kereta Malaysia. Mendominasi segmen pasaran di Malaysia, menjadikan ia sebagai pembekal produk utama dalam industri.

Peluasan perniagaan pada awal tahun 1990 berlaku secara beransur-ansur. Namun begitu, perkembangan kian pesat bermula di pertengahan tahun 1990-an ekoran maklumbalas para pelanggan yang berpuas hati di atas perkhidmatan serta produk cemerlang yang ditawarkan Brother’s. Setakat hari ini, Brother’s telah mempunyai sebanyak 26 cawangan di seluruh Malaysia yang dikenali dengan polisi harga berpatutan.

Brother’s mengutamakan hubungan perniagaan yang panjang bersama para pelanggan menerusi kualiti produk, sokongan dan khidmat pelanggan serta menyasarkan untuk muncul sebagai syarikat cash & carry aksesori kereta terulung di Asia Tenggara. Beberapa tahun kebelakangan ini, Brother’s melebarkan lagi sayapnya dengan menawarkan pelbagai produk termasuk kelengkapan elektronik rumah dan perkakas DIY.

Sebagai sebuah syarikat yang dinamik, Brother’s bersama pasukan bervisi serta sentiasa memandang ke hadapan turut menyertai dunia pengiklanan di internet. Kini, para pelanggan boleh menikmati dan membeli secara online. Bagi makluman, Brother’s kekal sebagai penerima TOP/Best Sales Awards dari beberapa jenama pengeluar terkenal industri automotif seperti Sony, Kenwood dan STP sepanjang 8 tahun ini.

 

Layari websites:  https://brothers.com.my/

KELANA JAYA (HQ)

No 10, Jalan SS6/12, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7880 9034

 

 

USJ 1 (BROTHER’S MALL)

Lot 525, Persiaran Subang Permai,
Taman Perindustrian Sungai Penaga,
47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-8081 1517
H/p: 012-234 8979 ( Chang )
Loc: 3° 3′ 26.1144″ N 101° 35′ 54.096″ E

 

SUBANG 2

No8, Jln Euro 3, Off Jln Batu 3, Sg Buloh, Seksyen U3,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-7831 2799
H/p: 014-388 9217 ( Ricky )
Loc: 3° 9′ 10.739″ N 101° 32′ 53.722″ E

 

 

KOTA DAMANSARA

No2, Jln Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-6144 5159
H/p: 012-485 9129 ( Yong )
Loc: 3° 10′ 28.095″ N 101° 34′ 31.922″ E

 

 

Telok Panglima Garang (Beside Segi Fresh Market)

Lot 614 & 621, No. 6, Jln Gangsa Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor.
Tel: 03-3122 7333
H/p: 017-625 1680 ( William )
Loc: 2°55’10.7″N 101°28’27.5″E

 

 

Semenyih (Beside Segi Fresh Market)

PT 35710, Mukim Semenyih Daerah Hulu Langat,
43500 Selangor.
Tel: 03-8727 8361
H/p: 017-625 1680 (William)
Loc: 2° 56′ 12.3324” N 101° 51′ 10.7604” E