Blaupunkt TPMS 1.0

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar Kereta (Tire Pressure Monitoring System)
Ramai pemandu kenderaan kini tidak mempunyai masa mahupun pengetahuan untuk memeriksa tayar-tayar kenderaan, terutamanya pemandu baru. Hal ini menyebabkan bahaya yang tidak tertentu menimpa mereka. Pemeriksaan tayar kereta seperti tekanan udara amatlah penting. Apabila tekanan udara dalam tayar tidak seimbang, besarnya kemungkinan tayar kereta anda meletup dan terpelantung ke udara, ataupun langar kenderaan lain di jalan raya kerana hilang kawalan. Jarang mengaku kesalahan sendiri. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah!

Satu lagi produk keluaran Blaupunkt yang banyak memberikan manfaat kepada para pemandu dengan memberi galakkan untuk memeriksa dan mengekalkan keselamatan tayar kereta. Tire Pressure Monitoring System atau TPMS adalah sistem pemantauan tekanan tayar yang memudahkan para pemandu memeriksa tekanan terkini tayar tanpa perlu menjenguk tayar itu sendiri. Semuanya boleh dipantau menerusi skrin yang disambungkan dengan TPMS yang mempunyai banyak kelebihan dan memberikan kebaikan kepada para pemandu dan pemilik kereta.

Memantau Tekanan Udara Tayar Yang Tidak Seimbang
Sebagaimana yang diketahui, tekanan udara dalam tayar kereta selalunya mempunyai tekanan yang tidak ketara dan hal ini boleh mengakibatkan salah satu tayar agak meleret berbanding yang lain. Bukan itu sahaja, bunga pada tayar itu juga akan cepat haus. Di sini, TPMS memainkan peranan dengan membantu pemandu memantau mengekalkan tekanan yang sempurna pada tayar, secara tidak langsung meningkatkan prestasi dan memanjangkan hayat tayar dengan seimbang.

 

Penggunaan Bahan Api Yang Efisien
Membiarkan tayar terlebih atau kurang tekanan udara boleh dikatakan sebagai cara penjagaan kereta yang salah dan tidak sihat. Tayar yang kurang tekanan udara akan menggunakan lebih banyak bahan api kerana memaksa enjin bekerja lebih untuk memastikan semua tayar bergerak dengan serentak. Menurut kajian NHTSA, tayar yang kurang tekanan tayar menggunakan 0.3% untuk setiap 1psi (paun/inci persegi) tekanan.


Mengelakkan Tayar Kereta Pancit
Tayar-tayar kereta di negara tropika mempunyai jangka hayat yang singkat kerana kerap terdedah kepada cahaya matahari dan persekitaran cuaca yang panas. Selain itu, penggunaan yang tidak konsisten dan kerja penyenggaraan yang kurang baik hanya akan mengakibatkan kebocoran pada tayar. Di sinilah, TPMS memainkan peranan penting dengan memberi amaran kepada pemandu jika keadaan tayar tidak normal.

 

Mengurangkan Kehausan Tayar
Seperti yang dinyatakan di awal tadi, amat penting bagi memastikan tekanan tayar tidak lebih atau kurang kerana ia akan menyebabkan kehausan pada tayar dan juga tidak seimbang. Tanpa bunga pada tayar, ia akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan terutamanya ketika memandu pada kelajuan yang tinggi. Mengekalkan tayar pada tekanan normal boleh meningkatkan prestasi dan mengurangkan kehausan tayar.

 

Tiada Peristiwa Tayar Meletup
Tayar kehilangan lebih kurang 1 lbf/in2 psi tekanan setiap bulan dan 1 dalam 4 kereta mempunyai sekurang-kurangnya satu tayar kurang tekanan udara. Ini boleh mengakibatkan dinding tayar mula melentur dan bergesel, merosakkan tayar secara perlahan-lahan. TPMS akan memberi amaran tekanan yang tidak normal ini kepada anda sebelum tayar botak dan mengakibatkan tayar meletup.


Negara-negara mandatori
Menurut NHTSA, lebih kurang 700 orang terkorban akibat kemalangan yang melibatkan tayar setiap tahun. Bagi mengurangkan jumlah ini, ianya adalah mandatori untuk semua kereta baru EU dilengkapi dengan TPMS bermula dari tahun 2012. Manakala di Amerika Syarikat pula, kenderaan yang dihasilkan selepas tahun 2017 dilengkapi dengan TPMS yang memberikan amaran kepada pemandu bila-bila tekanan tayar mencecah 25% di bawah aras selamat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp : +60 17-294 3338
Emel : blaupunkt.malaysia@blapac.com
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web : https://www.blaupunkt.com/ase/
Web : https://www.amicimalaysia.com/
Facebook : https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/