Blaupunkt Peranti Perakam Video Digital

Kejadian yang tidak diingini sering terjadi tanpa sebarang amaran awal dan ia bukan sahaja setakat kemalangan jalan raya, malah pelbagai kejadian lain termasuk cubaan merompak dan mungkin juga, jenayah yang lebih serius lagi. Menyedari hakikat ini, pelbagai pengeluar dunia permotoran berlumba-lumba dalam menghasilkan dan mengeluarkan peranti perakam yang dipasangkan dalam kereta yang bertindak sebagai bukti yang boleh dipercayai dan diyakini kesahihannya terutamanya dalam kejadian kemalangan.

Peranti ini merakam segala pergerakkan yang berlaku sebelum dan selepas perlanggaran berlaku. Bukan itu sahaja, peranti perakam ini juga boleh membantu penyiasatan sekiranya berlaku cubaan kecurian sama ada ke atas kereta sendiri atau pun kejadian-kejadian jenayah yang berlaku di sekitarnya. Pemasangan peranti perakam ini bukan perkara baru, malah dipasang hampir pada setiap kereta. Ia bukan lagi kehendak tetapi keperluan. Jika dahulu, ramai yang memasang perakam ini untuk merakam kenangan dan perjalanan yang indah, kini peranti perakam ini dilihat sebagai aksesori wajib ada dalam kereta.

Salah satu jenama yang membina dan mengeluarkan peranti perakam digtal adalah Blaupunkt. Terbaharu, Blaupunkt telah mengeluarkan beberapa lagi model peranti perakam DVR yang dibahagikan kepada dua jenis; peranti perakam video digital (DVR) 1 channel (BP3.1A FHD, BP3.0G FHD, BP2.1 FHD, BP2.0 FHD) dan peranti perakam video digital (DVR) 2 channel (BP7.1 FHD/HD 24HR, BP10.1A FHD/FHD 24HR, BP9.0A FHD/FHD 24HR).

Peranti Perakam video digital (DVR) 1 channel
BP3.1A FHD
– pemapar LCD 2”
– resolusi 1920 x 1080 FHD
– aplikasi kawalan tanpa wayar iOS & Android
– ‘Night Vision’ dengan WDR dan HDR
– teknologi Super Capacitor
– keluasan sudut pandang 140°
– pusingan rakaman tanpa henti
– G-Sensor
– menyokong kad Mikro-SD sehingga 64GB

BP3.0G FHD
– pemapar LCD 2.7”
– sistem pengawasan parkir
– pengesan GPS
– pengesan pergerakan
– keluasan sudut pandang 140°
– pusingan rakaman tanpa henti
– G-Sensor
– kad Mikro-SD sehingga 64GB

BP2.1 FHD
– pemapar LCD 2”
– teknologi Super Capacitor
– keluasan sudut pandang 120°
– pusingan rakaman tanpa henti
– G-Sensor (kekunci teringkas SOS)
– kad Mikro-SD sehingga 32GB

BP2.0 FHD
– pemapar LCD 2”
– pengesan pergerakan
– keluasan sudut pandang 120°
– pusingan rakaman tanpa henti
– G-Sensor (kekunci teringkas SOS)
– kad Mikro-SD sehingga 32GB

Peranti Perakam video digital (DVR) 2 channel
BP7.1 FHD/HD 24HR
– dibuat di Korea
– ADAS luar talian ; sistem amaran peralihan lorong (LDWS) dan amaran kereta hadapan mula bergerak (FVSA)
– skrin sesentuh LCD 3.5”
– pengawasan 24 jam
– keluasan sudut pandang (depan 120°, belakang 110°)
– G-Sensor
– pusingan rakaman tanpa henti
– mode parkir – pengesan pergerakan pintar atau time-lapse
– teknologi bebas format
– kad Mikro-SD sehingga 64GB
– Windows PC viewer

BP10.1A FHD/FHD 24HR
– dibuat di Korea
– keluasan sudut pandang (depan 120°, belakang 110°)
– pengawasan 24 jam : pergerakan pintar
– aplikasi kawalan tanpa wayar iOS dan Android
– G-Sensor
– teknologi format bebas
– kad Mikro-SD sehingga 128GB
– Windows PC viewer

BP9.0A FHD/FHD 24HR
– dibuat di Korea
– keluasan sudut pandang (depan 140°, belakang 120°)
– pengawasan 24 jam : pergerakan pintar
– aplikasi kawalan tanpa wayar iOS dan Android
– G-Sensor
– teknologi format bebas
– kad Mikro-SD sehingga 128GB
– Windows PC viewer
ADAS dalam talian; sistem amaran peralihan lorong (LDWS) dan amaran kereta hadapan mula bergerak (FVSA)

AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp : +60 17-294 3338
Emel : sales@blapac.com
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web : https://www.blaupunkt.com/ase/
Web : https://www.amicimalaysia.com/
Facebook : https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/