Perakam Video Digital, Pembaz Undur dan Kamera Undur

DVR BP 7.1 2 Channel, BP 9.0A/AG 2 Channel dan BP 10.0A/AG 2-CH,
Reverse Camera RB 1.0 , RB 2.0 dan Reverse Buzzer RB 2.0

Perakam video digital dari Blaupunkt, didatangkan dalam saiz yang kecil dan kompak tetapi memiliki kuasa mencukupi untuk merakam video secara berterusan dengan set gegelungan untuk dipasang pengguna dalam kenderaan. Dibina dengan pelbagai alat bantuan keselamatan, mempertingkatkan keselesaan pemanduan dan menjadi bahan bukti untuk dirujuk sekiranya berlaku kes-kes yang tidak diingini seperti kecurian, kemalangan dan langgar lari.

Perakam Video Digital BP 7.1 2 Channel
Didatangkan dengan 2 kamera; kamera hadapan (dash-cam) mengawasi jalan di hadapan dan kamera di belakang, merakam objek atau semua yang berada di atas jalan tetapi tidak dapat dilihat oleh mata anda.

ADAS Luar-Talian
Advanced Driver Assistance System (sistem bantuan pemandu terkini) atau ADAS merupakan salah satu ciri penting yang disertakan dalam setiap kamera papan pemuka. Ia membantu pemandu untuk lebih berjaga-jaga ketika memandu di atas jalan raya. Selain itu, ia juga membantu mengelak dari berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan kecil yang disebabkan kelalaian serta kecuaian pemandu sendiri.

Keistimewaan BP7.1 ini terletak pada fungsi ADAS luar talian yang tidak memerlukan fungsi GPS tetapi masih disediakan untuk mereka yang mahukannya. Talaan ADAS dalam BP7.1 ini termasuk Lane Departure Warning System (Sistem Amaran Pemisah Garisan) atau LDWS dan juga Front Vehichle Start Alert (Amaran pemula kenderaan di hadapan) atau FVSA. LDWS memberi amaran kepada pemandu sebaik sahaja ia mengesan kereta terkeluar dari garisan atau lorong yang sepatutnya dan sangat berguna khususnya untuk pemandu yang kepenatan atau mengantuk. FVSA pula memberi amaran kepada pemandu tentang pergerakan kenderaan di hadapan dan sangat berguna ketika berhenti di lampu merah.

Antara ciri-ciri keistimewaan lain Perakam Video Digital BP 7.1 2 Channel ini adalah seperti berikut;
– kepelbagaian rakaman video;
Sekiranya berlaku perlanggaran, perubahan kelajuan yang drastik dan brek secara tiba-tiba, G-sensor akan mula menyimpan video yang telah dirakam. SOS yang dipasangkan juga disimpan dan tidak akan dipadam dalam apa juga keadaan. Setiap video rakaman akan disimpan dan disalin secara automatik.
– bertindak sebagai mata di atas jalan raya
sudut 120° dengan 5 megapixel untuk kamera hadapan dan sudut 110° dengan 2 megapixel untuk kamera di belakang, kedua-duanya berdefinisi tinggi. Merakam dengan kualiti gambar yang terang, jelas dan tepat.
– Kawalan selama 24-jam
Rakaman berterusan selama 24 jam walaupun enjin kereta tidak dihidupkan. Perangkat ini disambungkan terus dengan bateri menerusi penyambungan kabel yang membekalkan kuasa

Perakam Video Digital BP 7.1 2 Channel
Spesifikasi
– perlindungan untuk pintu dan bonet
– sistem penolakan manual
– pengesan lokasi (pilihan)
– 2 channel, pemapar LCD skrin sesentuh 3.5”
– ADAS Luar talian : Lane Departure Warning System (LDWS) dan Front Vehicle Start Alert (FVSA)
– kad microSD sehingga 64gb
– Depan : 120 [FHD]
– Belakang : 110 [HD]
– Dibuat di Korea

Perakam Video Digital BP 9.0A/AG 2 Channel
Didatangkan dengan dua kamera dengan sudut 140° dan 2 megapixel untuk kamera hadapan, manakala cermin belakang pula dengan sudut 120° dan resolusi yang sama dengan kamera hadapan, 2 megapixel. Kedua-duanya merakam video definisi tinggi penuh 1080P, merakam berterusan, 43 saat untuk rakaman video biasa dan 21 saat untuk rakaman pergerakan. Ia membolehkan pemandu atau pengguna mengakses video yang telah dirakam dengan memuat-turun Wireless Control App yang boleh didapati di Play Store atau Apple App secara percuma. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh melihat video pada senarai main (playback list VOD), muat-turun, melihat secara langsung dan mengubah talaan tanpa sebarang gangguan ketika wifi disambungkan.

G-sensor
Berfungsi sebagai meter pecutan yang mengawasi pemecutan kereta ketika pengguna sedang memandu dan dapat membezakan perubahan graviti. Perangkat ini mampu mengenalpasti perbezaan video dengan memisahkan video rakaman kepada 3 fail; Normal, Event dan Parking. Tiada video rakaman yang tidak disimpan. Speaker dan mikrofon membantu rakaman perbualan atau bunyi untuk menyediakan bukti rakaman video yang lebih jelas.

Pengesan GPS (Pilihan)
Fungsi yang mengesan lokasi dengan tepat dan mengenal pasti lokasi berlakunya kemalangan yang dirakam oleh perakam dengan bantuan GPS. Pengguna boleh mengecilkan kawasan lokasi dengan menggunakan Data Tracking Software – Blaupunkt PC Viewer yang boleh dimuat-turun dari laman sesawang Blaupunkt. Ia juga membantu pengguna untuk melihat rakaman hadapan atau belakang, pada masa yang sama dan sebelah menyebelah.

Advanced Driver Assistance System (ADAS)
Advanced Driver Assistance System (sistem bantuan pemandu terkini) atau ADAS merupakan salah satu ciri penting yang disertakan dalam setiap kamera papan pemuka. Ia memantau kelajuan dan apabila pengguna melepas had laju yang ditetapkan, sistem ini akan diaktifkan. Beberapa garis akan muncul pada skrin untuk mengingatkan pengguna tentang perubahan lorong secara tidak sengaja. Amaran akan dikeluarkan untuk memberi peringatan kepada pengguna. Ia sangat berguna ketika pengguna memandu pada kelajuan yang tinggi khususnya di lebuh raya untuk mengelakan hilang kawalan atau pemanduan yang berbahaya.

Perakam Video Digital BP 9.0A/AG 2 Channel
Spesifikasi
– pengesan lokasi
– 2-channel, pemapar skrin sesentuh LCD 3.5”, teknologi format-free
– Online ADAS (BP9.0AG) : Lane Departure Warning System (LDWS), Front Vehicle Start Alert (FVSA)
– Pemantauan parking 24 jam : smart motion
– mikroSD sehingga 128gb
– Hadapan : 140 [FHD]
– Belakang : 120 [FHD]
– aplikasi kawalan telefon pintar tanpa wayar

Perakam Video Digital BP 10.0A/AG 2-CH

Kompak dan tanpa skrin, terdiri dari kamera hadapan dengan sudut 120° pada 2MP dan 110° dengan 1MP untuk kamera belakang. Kedua-dua kamera merakam video 1080P HD.
Teknologi bebas-format atau teknologi tanpa format kad SD asas yang membolehkan semua data disimpan dalam saiz yang sama tanpa sebarang pemecahan. Sangat mudah tetapi harus diingatkan untuk memuat-turun video penting kerana setiap video-video lama akan dipadam secara automatik.
G-sensor berfungsi seperti meter pecutan dan memantau pemecutan kereta semasa pengguna sedang memandu dan mampu membezakan perubahan graviti.
Pemantauan Parkir dengan Gerakan Pintar bertindak balas sekiranya kereta tidak bergerak. BP10 akan diaktifkan tetapi tiada fail yang akan disimpan dalam kad memori. Gerakan Pintar hanya berfungsi apabila terdapat aktiviti di luar kereta seperti pergerakan atau getaran, merakam dengan 28.4MB untuk 28 seconds.
Pemantauan 24-jam perakam papan pemapar akan kekal aktif walaupun enjin kereta tidak dihidupkan atau skrin LCD tidak dimainkan kerana sistem ini disambungkan dengan bateri kereta bukan mendapat kuasa dari pengecas rokok.

Selain itu, Blaupunkt juga turut mengeluarkan siri pembaz untuk dipasangkan di dalam kenderaan anda. Terdapat dalam pelbagai pilihan, mengikut keperluan dan citarasa;

Pembaz undur
RB 1.0
pembaz undur pelbagai voltan
tahan air
9V/12V/24V/48V voltan
0.1A-0.6a current
110Hz + 10dB frekuensi bunyi
18 w kuasa

RB 2.0
tahan air
12V/24V voltan
0.1A-0.8a current
105Hz + 3dB frekuensi bunyi
5w kuasa

Kamera mengundur
BC OE2
Diagonal 170 wide viewing angle
– pengesan imej CMOS
– sudut lensa 120, 100
– pengimbang putih auto
– tahan air
– tahan kelembapan

AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp : +60 17-294 3338
Emel : sales@blapac.com
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web : https://www.blaupunkt.com/ase/
Web : https://www.amicimalaysia.com/
Facebook : https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/