Bar keselamatan kenderaan untuk semua model terbaru Toyota Camry dari Ultra Racing

Pakar pengeluar casis dan komponen kenderaan dari Malaysia yang ditubuhkan sekitar tahun 2002 ini, Ultra Racing mengeluarkan satu lagi bar yang telah dipertingkatkan kualitinya untuk semua model terbaru Toyota Camry. Antara produk yang ditawarkan oleh Ultra Racing adalah front strut bar, front lower bar dan real lower & Anti roll bar.

Penerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan bertaraf dunia seperti Asia Pacific Super Excellent Product Excellence Award (2007), Asia Pacific Top Brand (2009), SME 100 Award (2009) dan ISO 9001:2008 (2010), Ultra Racing berpegang kepada konsep untuk memperkukuhkan serta meningkatkan prestasi casis tanpa pengubahsuaian yang boleh memberi kesan terhadap spesifikasi casis asal. Dalam masa sama, meningkatkan dinamik serta keselesaan memandu sepanjang perjalanan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Ultra Racing
No. 25, Jalan Bukit Permai Utama 3,
Taman Industri Bukit Permai,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 4280 4213
Laman sesawang : www.ultraracing.my
Facebook : https://www.facebook.com/UltraRacing/