Selagi boleh digunakan, tidak terbakar dan tidak malap, ramai pemilik sanggup menggunakan lampu kereta walaupun boleh mendatangkan risiko. Sila haribulan, air pun ada bertakung dalam perumah yang sudah kelabu asap sampaikan cahaya yang disuluh pun tidak kelihatan. Langsung tiada usaha untuk memantau keadaan lampu kereta. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah lampu yang nyawa-nyawa ikan ini mendatangkan bahaya kepada semua pengguna jalan raya lain.
Bagi makluman anda, terdapat bermacam-macam jenis lampu kereta dan masing-masing mempunyai fungsi tersendiri. Bukan sahaja untuk lampu utama di bahagian hadapan, malah lampu di bahagian belakang juga sama penting fungsinya khususnya ketika berada dalam keadaan gelap. Pada hari ini, pelbagai jenis model yang membanjiri pasaran antaranya seperti lampu pencahayaan tradisional, versi lanjutan optik dan banyak lagi termasuk lampu kereta dari VLand.
Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada para pemilik kereta, Mzone Trading Sdn. Bhd. telah membawa masuk lampu-lampu kereta (headlamp, tail lamp) jenama ini yang cukup khususnya di negara-negara Asia Tenggara, Rusia, Timur Tengah dan banyak lagi. Berikut beberapa model yang ditawarkan jenama ini untuk pelbagai model kereta termasuk Waja Saga BLM, Saga FLX, Gen2, Persona, Perdana V6, Wira, Myvi, Alza, Axia, Accord, City, Mitsubishi Lancer, Vellfire, Civic, Toyota Wish, Accord, Volkswagen, Land Cruiser dan banyak lagi.
Mzone Trading Sdn. Bhd.
No. 5, Jalan BP 5/8, Bandar Bukit Puchong,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 8063 3115/6
Emel : mzoneauto@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100009621908380
Shoppe : https://shopee.com.my/vland.os