Autoshow Audioshow Open

Dianggarkan hampir 80 buah kereta telah menyertai program Autoshow Audioshow Open yang diadakan sempena penganjuran Mega Gath PWC 2019 yang berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort. Bagi makluman, program Autoshow Audioshow Open ini diadakan bersebelahan dengan tapak penganjuran Mega Gath PWC.

Dianjurkan oleh GM Event Management, sambutan yang diterima dari para peserta amat menggalakkan. Ada para peserta yang datang dari Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan juga negeri perak. Malah, kereta-kereta yang dipertandingkan juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai ragam dan dimodifikasi cukup unik sekali gus mewarnai lagi tapak acara.

Antara kelab-kelab kereta yang turun padang dan menyertai Autoshow Audioshow Open ini termasuk SaGat Crew @ Ladies Motorsport Club, Northern Region Indian Car Club dan banyak lagi. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan acara ini yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.