Masih ingat dengan kisah sesi fotografi di Melaka yang kami ceritakan pada bulan Ramadhan beberapa tahun lepas? Ya. Saya tak boleh lupa, jantung berdebar tak berhenti bila beg kamera tertinggal di Seremban. Setelah sampai ke Melaka baru sedar barang tertinggal.
Nasib baik kereta Volkswagen Passat CC Boss berkuasa tinggi dan mampu mencecah kelajuan cahaya. Semuanya dapat diselamatkan. Alhamdulillah.
Perodua Myvi ini mempunyai sistem yang hampir sama dengan Toyota Vios yang kami siarkan dalam keluaran lepas. Ia dibina berasaskan platflorm berbeza tetapi pemilihan peralatan dan penalanya adalah orang yang sama, Megar Sound Car Auto Accessories & Air Cond.
Jelas, amplifier inilah yang menentukan prestasi speaker sama ada bagus bunyinya atau sekadar gempak pada rupa tapi bunyinya ke laut. Amplifier 4 channel Caliber CA-2104 bertanggungjawab mempersembahkan prestasi bunyi dari 6 unit mid bass Caliber.
Dua unit woofer 12” Caliber CW130SVC kini mendominasi bahagian persembahan audio. Ia dikuasakan oleh seunit amplifier monoblok sebagaimana yang disebutkan tadi. Walaupun kemasan woofer ini kelihatan “dibalut’ gentian kaca sebenarnya, ia terlebih dahulu dipasangkan pada kotak buatan kayu khas yang dimatikan terus kedudukannya pada lantai belakang.
Mana-mana sistem audio yang sempurna tentu sahaja tidak akan lengkap tanpa keluaran bunyi frekuensi tinggi. Empat unit tweeter CT-70H juga dari Caliber mendapat posisi yang cantik di antara kedudukan mid tadi.
Tweeter ini dijana oleh seunit amplifier Caliber 2 channel CA-5530. Setelah selesai semuanya, gugusan peralatan audio ini diwarnakan dengan skema warna merah terang, menjadikannya kelihatan cukup bertenaga, selari dengan kuasa yang mampu dihamburkannya.