Dominasi lelaki dalam dunia sukan permotoran memang tidak dapat disangkal lagi. Bagi menembusi dunia yang didominasi oleh kaum Adam ini, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ditambah pula dunia yang ingin dimasuki itu sememangnya kelihatan berat dari mata kasar. Namun begitu, seperti yang pernah dinyatakan awal-awal dahulu, sukar tidak bermakna ianya sesuatu yang mustahil. Ambil sahaja wanita besi kak Dinasor ini sebagai contoh. Kak Dinasor?Ikutkan bunyi, gerun mendengarnya. Tapi kalau melihat ejaan, tak mungkin ia merujuk kepada raksasa (dinosaur). Mungkin juga. Bukankah dia antara wanita yang tampil berani dalam dunia yang majoritinya lelaki? Dinasor, itulah nama diberikan kepada seorang pecinta ICE wanita, Tan Bee Eng. Tak seronok rasanya kalau tidak tahu rahsia di sebalik nama itu. Bila ditanya, beliau menjelaskan nama itu gelaran yang dipanggil teman sepermainan di dunia siber. ICE dia minat, permainan siber pun dia layan. Memang mantap!
Meneruskan kecemerlangan yang dijentik dua aksesori tadi, kak Dinasor menerusi installer yang bertanggungjawab memasang sistem ICE ini, Option Sound memilih penggunaan amplifier secara minima (seperti yang ada pada kebanyakan sistem SQ lain). Satu unit amplifier 4 channel Genesis Profile Four Ultra dan satu unit amplifier monoblock Pegasus Digital Series PGA 15001D. Bukankah tadi sudah dikatakan sistem SQ ini lengkap? Atau perlu diperjelaskan kenapa ianya lengkap? Senang. Lihat saja pada 2 jenama amplifier yang digunakan, tentu ramai sudah tahu prestasi yang dibawakan dua nama besar ini, Genesis dan Pegasus.
Amplifier 4 channel Genesis ini digunakan untuk memacu barisan speaker yang terdiri daripada 2 unit speaker dan juga 2 unit tweeter jenama Micro Precision 5-Series. Sistem SQ yang dipasangkan pada kereta Latio ini merupakan sistem 2 way. Setiap satu unit speaker tadi dipasangkan di kiri dan kanan panel pintu. Manakala 2 unit tweeter pula dipasangkan di A pillar supaya bunyi yang terhasil dapat dialunkan secara terus ke telinga pendengar. Ingat, setiap pemasangan sistem ICE yang baik memerlukan perancangan dan pengiraan yang tepat. Kalau salah, kecacatan akan jelas kedengaran dan tahap kepuasan mendengar tidak akan tercapai. Pakai jenama hebat mana sekalipun, tidak akan dapat membantu!
Bagi menutup sistem ICE yang dikatakan lengkap ini, seunit woofer 12” Pegasus telah digunakan. Woofer Pegasus PG30P2 ini memberikan keseimbangan bass untuk melengkapi sistem 2 way yang telah dipasangkan di bahagian dalam kereta. Kemantapan bunyi bass yang dihasilkan tidak sama seperti hentaman yang dihasilkan sistem talaan SPL. Dalam ayat yang lebih mudah, bunyinya yang sedang-sedang saja dan sedap telinga mendengar. Bagi memacu woofer ini, seunit amplifier yang masih tertinggal telah digunakan, amplifier Pegasus Digital Series PGA 15001D.
Hmm… tidak tergugatkah abang-abang ICE melihat kereta Latio kak Dinasor ini ya?