Diadakan pada 27 Julai lalu, acara anjuran Group Event BKGK dan Antera Motorsports ini merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran kali pertamanya mendapat sambutan yang menggalakkan. Berlangsung di LRT Glenmarie di Subang Jaya, penganjuran kali kedua ini mendapat sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan kelab-kelab kereta yang turun padang memberikan sokongan.
Dimulakan dengan sesi pendaftaran dari pukul 4.00 petang sehingga 7.30 malam, pelbagai kategori telah dipertandingkan. Antaranya kategori untuk Autoshow, Audioshow, Car Club Support, pemenang pilihan juri dan juga pilihan penganjur. Acara ini turut dimeriahkan dengan orang ramai yang mengambil kesempatan ini melihat sendiri kereta-kereta yang telah dimodifikasi cukup unik dan kreatif.
Tahniah kepada penganjur kerana sekali lagi berjaya menganjurkan acara ini. Diharapkan, Antera Battle For The Best 2019 kembali dengan lebih meriah dan menggegarkan lagi dunia permotoran!