Diadakan pada 13 Januari lalu, Audioshow yang menerima kunjungan orang ramai dan menghimpunkan pelbagai kenderaan modifikasi audio sistem ini telah berlangsung dengan meriah di perkarangan pasaraya Aeon Mall Nilai. Dianjurkan oleh NREF Event Management dengan kerjasama Soundpower, acara ini turut mendapat sokongan dari Proton LHM, Hi-Tec Plus Lubricant, KAS, Chuang Shing Acc, Sengkong Tyre dan juga Bridget Aman.
Acara yang diadakan pada hujung minggu ini menerima penyertaan lebih dari 60 kenderaan modifikasi audio dan dihangatkan lagi dengan kehadiran kelab-kelab audio seluruh Malaysia. Antara yang turut memeriahkan penganjuran acara ini termasuk BEAT, ENN9, Exspider Team, OBZ, Soundpower dan banyak lagi. Dimulakan seawal jam 10.00 pagi, kemasukan para peserta ke tapak pertandingan telah dikawal oleh anggota RELA yang bertugas.