Kembali lagi menggegarkan Labuan, program kali ini berlangsung lebih besar dan juga lebih menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Penganjuran Labuan Car Audio & Food Carnival 2023 ini bukan sahaja dinanti-nantikan peminat audio tetapi juga ditunggu oleh barisan peniaga serta penggiat audio kereta.
Penganjuran program ini lebih bermakna dengan kehadiran para juri profesional yang terdiri daripada En. Jay Khew, En. Mohamed Shariman dan En. Fatt yang sudi hadir dari Kuala Lumpur untuk segmen dB Drag Racing, Extreme SPL. Selain itu, untuk segmen SPL telah diserahkan kepada En. Jimmiey Wongz dari Tuaran, Sabah. Kehadiran nama-nama besar ini memperkukuhkan lagi program LCAF2023 ini.
Selain tumpuan utama program lebih memberatkan segmen audio, pelbagai aktiviti menarik telah berjaya menarik golongan orang muda untuk turut serta. Antara yang turut memeriahkan lagi tapak program termasuklah Cosplay Iron Man, Bumblebee dan Kucing Besar.
Seterusnya, kehadiran para peserta Labuan dan Kota Kinabalu untuk segmen ‘Hot Wheels & Figura Exhibition yang dimulakan dari pagi hingga malam. Namun, segmen yang paling menghiburkan tentulah Gohett-Gostan Drag Challenge yang disertai oleh para pelumba dari Kota Kinabalu.

























