Sepanjang September lalhttps://www.facebook.com/Renzmark-Sdn-Bhd-car-cushion-specialist-247006549276343/u, dunia permotoran dimeriahkan dengan pelbagai penganjuran program dan aktiviti menarik sempena sambutan Hari Malaysia dan juga cuti hujung minggu yang panjang. Di kesempatan ini, Gabungan Permotoran Utara (GPU) dengan kerjasama Pengurus Operasi Kompleks Changloon, Wan Noor Farihan Bt Wan Mohd Zin, telah menganjurkan Mini Lepak Santai Permotoran Utara sempena sambutan Hari Malaysia 2018 yang berlangsung pada 15 September lalu di tapak parking CMart Changloon.