Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kenderaan Elektrik (EV) Pertama Audi

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-14
in BULETIN, UTAMA
0

Audi yang dipaparkan ini nampak seperti mana-mana model buatan Jerman itu dari segenap segi sama ada depan, sisi dan belakang. Memang sama kecuali ia dikuasakan nadi elektrik sepenuhnya.

Ini adalah Audi e-tron SUV yang merupakan kenderaan elektrik (EV) pertama dari Audi dan mula dikeluarkan pada tahun 2018.

Di United Kingdom, e-tron ditawarkan dalam tiga varian iaitu Technik, Sport, S Line dan kini dua lagi tambahan iaitu Black Edition dan Vorsprung.

Selain varian baharu, turut ditawarkan ialah dua pakej kuasa iaitu 50 quattro dan 55 quattro.

Beza di antara dua varian tersebut ialah jarak pemanduan sehingga 313.8 km (WLTP) untuk 50 quattro manakala 55 quattro lebih jauh sehingga 397.5 km.

Kelima-lima varian e-tron SUV dilengkapi roda aloi dengan saiz paling kecil 20 inci, suspensi udara suai (adaptive), lampu LED, Audi Virtual Cockpit dan skrin sesentuh MMI Touch dengan dua monitor.

Sistem MMI boleh dikawal menggunakan jari atau arahan suara dan dipertingkat dengan platform maklumat hibur (infotainment) MIB 3 yang lebih berkuasa.

Berikut ialah ciri-ciri e-tron SUV Black Edition S line dan S line:

  • Lampu utama dan belakang LED.
  • Cermin privasi.
  • Suspensi udara sport.
  • Roda aloi Audi Sport 21 inci.
  • Roda aloi Audi Sport 21 inci warna hitam licau anthracite.
  • Warna hitam pada gril Singleframe Audi, sisipan (insert) bampar depan dan belakang, perapi (trims)tingkap, rel bumbung dan bingkai cermin sisi (Black Edition).
  • Kerusi sport dengan pelarasan bahagian belakang (lumbar) berkuasa.

Berikut pula ciri-ciri e-tron SUV Vorsprung:

  • Roda aloi Audi Sport 22 inci dengan kemasan titanium kusam (matt).
  • Angkup brek warna jingga (oren).
  • Lampu LED digital matrix.
  • Cermin sisi tanpa cermin dan diganti dengan kamera definisi tinggi dan menayangkan visual pada skrin OLED yang ditempatkan pada bahagian dalam kedua-dua belah sisi pintu.
  • Pembeli boleh menggantikannya dengan cermin sisi konvensional jika perlu.
  • Stereng dengan fungsi pelarasan elektrik dan pemanas.
  • Kerusi sport dengan jahitan berbentuk berlian.
  • Sistem audio Bang & Olufsen dengan 19 pembesar suara.
  • Penutupan pintu berkuasa.
  • Papar pandu (head-up display).

Dari segi pengecasan, 80 peratus kuasa boleh dicapai dalam masa 30 minit menggunakan pengecas pantas 120kW dan 150kW pada model e-tron 50 dan 55.

Menggunakan kemudahan pengecas AC di rumah atau dengan keupayaan 7kW, cas penuh e-tron 50 quattro memerlukan sekitar 10.5 jam dan 14 jam untuk e-tron 55 quattro.

Pengecas 7kW itu didatangkan secara percuma untuk tempahan sebelum 2021.

Dari segi prestasi, e-tron Black Edition 50 quattro dan Vorsprung 50 quattro berkongsi kuasa iaitu 230 kW, 313 ps dengan tork 540 Nm. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j memerlukan 6.8 saat dan kelajuan maksimum ialah 190 km/j.

Memandangkan e-tron adalah sebuah SUV elektrik, tiada gandar konvensional diperlukan dan quattro atau pacuan semua roda dipacu menggunakan dua motor elektrik, satu di depan dan satu di belakang.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

SPL Double Dare

Next Post

Pawagam Pandu Masuk Di Malaysia?

Next Post

Pawagam Pandu Masuk Di Malaysia?

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved